Aku borak dengan orang luar, yang mana datangnya dari Europe, Amerika atau Benua Australasia, diorang pelik, kenapa kita punya terlalu banyak bangunan tinggi. Terlalu banyak! Padahal, dari segi ekonomiknya, mereka la yang sepatutnya mampu bina bangunan2 tinggi ni. Tapi kenapa kita pula yang berebut-rebut membinanya?
Apa orang Melayu macam aku mampu buat dekat Suria KLCC? Atau Pavilion? (Aku tak pernah jejak Pavilion) Takde apa. Makan pun mahal. Untuk orang macam aku, yang ada family,ada dua income, gaji agak ok,kadang2 aku sendiri merasakan, style development Malaysia ni membuatkan makin lama, aku rasa aku makin miskin. We are moving towards a capitalist dream country.
Dah terlalu banyak tempat yang aku rasa jatuh dalam kategori out of reach pada aku.
Sebagai seorang bapak, tanpa disedari, sebenarnya aku slowly being push to choose, antara nak ada keluarga besar atau nak ada hidup yang still ok. Orang Melayu ni, kalau keluarga tak besar, tak meriah lah dia. Lama kelamaan, pada pandangan aku, bangsa Melayu kita sekarang ni, walaupun makin pandai, makin cerdik, makin mewah, kita sebenarnya makin jauh dengan nilai-nilai tradisi Melayu.
Kita dah jadi bangsa yang memikirkan how to make our first million. Kita dah letakkan kepentingan ekonomi first berbanding kepentingan keluarga. Kita dah tiba di satu tahap di mana kalau kau jadi hamba company, kau akan direward sebaik mungkin, asalkan kau sanggup tak spend masa dengan family kau. Dan kau akan disanjungi, sebab kau rajin!
Atas desakan ekonomi yang makin menghimpit, ramai yang ambik jalan tersebut. Tinggalkan family. Anak membesar tak jumpa bapak. Mak hantar anak balik duduk dengan mertua sebab kena outstation punya pasal. Ni semua bukan budaya Melayu. Ni semua punca2 kenapa makin lama makin jauh kita dengan agama. Ye lah, siapa nak paksa anak solat kalau bapak balik rumah anak dah tidur?
Ada pemimpin kata, orang Melayu kena bangun, kena sedar kepentingan ekonomi. Kena kawal ekonomi. Kena lawan. Ya, memang betul. Ramai Melayu yang dah sedar pentingnya ekonomi. Bagus? Memang la bagus. Tapi semua benda ada pro dan kontra dia.
Melayu jadi kaya? Baguslah tapi apa side effectnya berusaha jadi kaya ni? Ramai yang kena spend masa berusaha untuk jadi kaya. Pemimpin2 kita selalu push Melayu jadi kaya, mulakan bisnes, join entrepreneurship. Habis tu anak-anak sapa tengokkan? Kerja sekolah anak siapa nak pantau? Anak remaja kau buat apa siapa ambik tau? Ramai mak bapak bergantung dengan orang gaji dan cikgu semata-mata....tapi bila anak dia jadi failure, dia takkan salahkan diri dia langsung. Semua benda dia salahkan orang lain!
Apa yang aku nampak, Melayu memang ramai makin kaya, makin mewah tapi kenapa makin lama makin hilang nilai Melayu tu? Kenapa bila kau kaya kau jadi berlagak? Kau claim diri kau kerabat? Pelik kan perangai Melayu ni. Sebab itu agaknya bila ada Melayu kaya yang perangainya elok, kita kagumi betul dia, mungkin kerana orang seperti itu adalah sesuatu komoditi yang sangat rare dalam masyarakat kita?
Even pemimpin solat pun nak kecoh....sebab apa aa? Bukan ke kalau dia solat tu dia buat benda wajib...benda yang patutnya dia buat tapi ada yang ambik gambar dia solat nak tunjuk yang dia tu solat nak buktikan yang pemimpin yang dia suka tu ada la ke-Islaman dia lagi! Itulah dia Melayu masakini, kagum dengan mereka2 yang buat benda yang sepatutnya wajib....sebab nak jumpa yang betul2 baik tu dah payah.
Keliling aku penuh bangunan tinggi. Cantik, mewah, upscale. Kerajaan cukup bangga mencanang kejayaan mereka mampu mengubah bentuk muka bumi Tuhan ni. Kenapa kita, bangsa Melayu, semakin lama, semakin suka menggunakan unsur materialistik untuk mengukur nilai kejayaan bangsa kita?
Salah kapitalis? Atau salah orang Melayu yang embrace system kapitalis?
No comments:
Post a Comment